Isnin, 14 November 2011

Pelaksanaan Konstruktivisme

Kabarnya teori PnP di sekolah, sudah mula menggunakan teori Konstruktivisme. Tak tau pula bila bermula. Saya dah jadi mantan sejak 2003. Sebelum itu takder pulak suara-suara tentangnya. Baguslah tu.
Di sini saya menyeru agar para pendidik jangan memandang remeh teori ini. Guru-guru agama terutamanya, saya menyeru sangatlah. Jika kita fahami benar-benar teori konstruktivisme ni, adalah satu-satunya peluang untuk membentuk akhlak anak bangsa kita. Jika para guru agama, dan guru-guru lain juga, kreatif, banyak elemen dalam kurikulum sekolah itu dapat membentuk akhlak yang terpuji. Pengajaran matapelajaran agama Islam itu memberi peluang yang sangat luas ke arah itu. Ini kerana antara pelaksanaan teori Konstruktivisme yang saya tahu ialah membuat hubungkait isipelajaran dengan dunia sebenar. Dalam erti kata lain, ada penerapan pengajaran akhlak dalam sukatan pelajaran agama. Jika disokong dengan teori dan falsafah sembahyang misalnya, akan dapat menarik perhatian ramai murid. Lebih berkesan daripada setakat penerapan, dan kata-kata nasihat sahaja.
Misalnya, jika kita mengajar surah al-Fatihah, di sini ada pengajaran asas yang membina akhlak, membangun jati diri, dan banyak lagi. Guru-guru Sains juga harus bijak mengaitkan isipelajaran dengan agama (Islam) dengan menggunakan satu dua ayat al-Quran yang berkait dengan isi pelajaran matapelajaran itu. Tak payahlah nak turunkan contoh di sini.
Muhasabah.

Sabtu, 5 Februari 2011

Agama Islam al-Din yang mengatur hidup

'Cara bagaimana kita hendak merendah diri dan patuh kepada Allah s.w.t. ialah dengan menurut dan mematuhi sistem atau cara-cara kehidupan yang ditentukanNya. Cara-cara atau sistem hidup Ilahi ini terkandung dalam ajaran-ajaran Islam sebagai al-Din. Islam sebagai agama mengatur hidup manusia di dalam sistem hidup Ilahi yang lengkap dan sempurna serta mencakupi semua bidang kehidupan. Dari cara bangun dan tidur sehinggalah kepada cara mentadbir negar dan mengatur perhubungan di antara negara-negara di dalam hubungan antar umat di dunia ini. Bukan sekadar mengatur hidup di duniawi, bahkan mengatur peraturan-peraturan bagaimana menghadapi maut dan bagaimana menghantar manusia ke pintu kuburnya.' (Prof. Dato' Dr Haron Din, Manusia dan Islam, 93)

Jumaat, 28 Januari 2011

  • Zuhud ialah sikap orang yang menggunakan hartanya setakat keperluannya sahaja dan menggunakan bakinya untuk fisabilillah. Orang zuhud dikasihi Allah s.w.t. Lawan zuhud ialah cinta dunia. Baca di sini.
  • Antara elemen salah faham dalam Islam, ada yang bersumberkan Bibel. Misalnya, salah faham tentang Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga adalah kerana godaan Hawa. Tanggapan ini harus diperbetul. Baca di sini.