Sabtu, 18 Mei 2013

Budak punk mengimam sembahyang


Ni pengalaman Abe sendiri, Abe alaminya ketika melawat Kelantan baru-baru ini. Kisahnya macam ni.
Abe adalah ke Shopping Complex KB Mall untuk beli barang. Yelah, majlis pun semakin dekat, so, beli barang lah. Masa tu Abe sampai dalam jam 3.30 ptg. Masa tu jgk, Abe belum pekena Zohor lagi, almaklumlah perjalanan jauh dr Putrajaya Ke Kota Bharu. Jadi, 1st step yg Abe buat, Abe carilah Surau. Dekat KB Mall, korang jgn bimbang, suraunya banyak, Alhamdulillah.
Masa Abe OTW menghala ke surau, tetiba Abe terpana bila Abe lihat 2 orang BUDAK PUNK (sorang baju biru & sorang baju kuning) siap dengan pakaian & rambut tercacak juga menghala ke laluan yang sama. Mmg rock abis Abe tengok. Awalnnya Abe pikir, mungkin budak2 ni siap lokasi kot. Xpe, Abe teruskan langkah lagi. Korang nak tahu tak, bila betul2 sampai di depan pintu surau, Abe jadi kaku, tak tahu sebab kenapa Abe terKAKU. Seriously, Abe saksikan budak2 PUNK tu sedang tanggalkan kasut bootnya, pastu dia tanggalkan stoking. Setiap sorang budak PUNK tu menyandang beg galas. Abe perhatikan lagi, dan perhati dan terus perhatikan mereka.
Mungkin dorang terperasan kot Abe sedang tengok mereka, dorang toleh pada Abe dan dorang angkat tangan serta bagi salam. Abe jawab je salam mereka. Lepas tu, dorang terus menghala ke tempat amik air wuduk. Abe ternganga, percaya dalam tak percaya. Pertama sekali, Abe tengok dibasuhnya kepala dan jambul masing2 sampai dah tercacak lagi. Bila dah bersih sempurna, dorang mula berwuduk. ABE KAGUM, YA ALLAH! ABE SANGAT KAGUM & HAMPIR TAK PERCAYA.
Abe sampai duk asyik perhatikan dorang saja tanpa berganjak pun dr tempat duduk bangku Abe tanggalkan kasut. Lepas tu, Abe tengok sesuatu YANG MEMBUATKAN Abe ucap ALHAMDULILLAH. Rupanya dalam beg sandang budak tu masing2, ada kain pelikat & kopiah. Ya Allah, tersentuh hati Abe. Dorang kemudiannya Abe lihat sedang salin pakaian dan kenakan kain pelihat serta pakai kopiah. Yang lagi membuatkan Abe terkejut & terus Abe bangun dari tempat duduk Abe bilamana salah seorang dari budak PUNK tu menyapa Abe dan cakap dalam loghat kelate "Abe, marilah semaye skali ngn kami, insyaAllah kami tunggu. Kito semaye samo2". Terus Abe amik wuduk. Bila siap berwuduk, Abe terus masuk surau. YA ALLAH, satu lagi benda yang Abe lihat yang buat Abe macam nak nangis je. Mungkin sb terlalu kagum kot, huhuhuhu.
Abe lihat satu saf lebih kurang 8 orang telah dibentuk dan seseorang telah iqamat. Korang nak tahu tak, yang sedang iqamat tu, budak PUNK yang pakai baju kuning manakala yang bersedia untuk jadi Imam pulak budak PUNK yang pakai baju hijau tadi. Kami pun solat sesama. Alhamdulillah, siap solat berjemaah. Lepas masing2 bersalaman, kami pun masing2 keluar. Mata Abe masih asyik lagi pandang budak2 tadi. Dorang perasan Abe sedang tengok dorang, dorang senyum je kat Abe. Abe tengok dorang sedang bersiap semula pakai pakaian masing2 macam tadi. Dikeluarkan WAX rambut dr beg galas, pastu siap cacakkan rambut, dorang mula bercelak semula.
Tetiba tergerak hati Abe nak buka mulut berkata. Kata2 yang keluar dari mulut Abe cuma pertanyaan pada salah sorang budak tu "Adik orang mana? Asal kelate ke? ". Dorang jawab "Ye Bea, kami asal Kubang Kerian (salah satu nama tempat kat sini). Bakpo bea? Dorang pulak tanya Abe?"
Abe jawab "takdop gapo2, Abe cuma xbanggo je. Tak sangko".
Dorang senyum je dan jawab "THIS IS KELANTAN, Tok Guru bagi ilmu yang cukup InsyaAllah pada semua rakyat kelate"
Kami bersalaman dan dorang terus beredar. Dalam xsedar, airmata Abe terMENGALIR sebab kagum dengan aturanMu Ya Allah. Pengajaran daripada KISAH BENAR PENGALAMAN ABE NI, Don't Judge A Book By Its Cover. Maknanya, jangan cepat menilaikan orang & berperasangka buruk sebelum mengenali seseorang itu.

dari: queachmad.com  yang diceritakan sendiri dalam blognya (Abe), saya panjangkan untuk renungan kita bersama. Abe, mohon izin.

Isnin, 11 Mac 2013

Sutrah sembahyang tiga hasta sahaja

Ketika sembahyang berjemaah, dalam kedudukan anda di belakang saf yang lain, pernahkan anda rasa kepala anda sepeti hampir-hampir terpijak? Atau ketika kita hendak bangun dari sujud, terasa terpijak kepala orang di belakang kita.
Sebab utamanya ialah kerana orang di belakang kita itu sujud, di mana kepalanya sudah melampaui ukuran tiga hasta, iaitu ukuran panjang sutrah. Keterangan lanjut, sila baca di sini.

Isnin, 17 September 2012

Sebuah buku kecil yang baru saya baca mengutarakan persoalan, mengapa generasi Muslim sekarang tidak seperti yang terbina pada awal-awal tamadun Islam dahulu, walhal al-Quran dan Sunnah tetap sama, masih di tangan kita. Maka buku ini cuba menelah sebab-sebabnya: adakah kerana generasi pada awal-awal tamadun Islam dahulu tidak terdedah dengan sumber-sumber lain selain dua sumber tersebut berbanding sekarang. Maka mereka berpegang kepada dua sumber itu sahaja, berbanding dengan generasi sekarang yang banyak terdedah dengan tamadun-tamadun seperti Falsafah Greek, tamadun Parsi, kitab-kitab agama Jews, pemikiran Kristian dan sebagainya, maka pengaruh al-Quran dan Sunnah sudah tercemar atau bercampur aduk dengan pemikiran-pemikiran tersebut. Walhal
Allah s.w.t. memberi jaminan bahawa Dia sendiri yang akan memelihara al-Quran seperti adanya sejak dahulu lagi, agar menjadi sumber rujukan manusia sejagat sehingga ke akhir zaman.
Dilihat juga dari sudut lain umpamanya, generasi dahulu menggunakan al-Quran sebagai petunjuk untuk tindakan, sedangkan generasi sekarang menggunakannya sebagai bahan kesusasteraan sahaja, bukan untuk penentu tindakan, lalu mengajak generasi sekarang agar menyemak semula penerimaan buku wahyu yang satu itu. Wallahu a'lam.

Isnin, 14 November 2011

Pelaksanaan Konstruktivisme

Kabarnya teori PnP di sekolah, sudah mula menggunakan teori Konstruktivisme. Tak tau pula bila bermula. Saya dah jadi mantan sejak 2003. Sebelum itu takder pulak suara-suara tentangnya. Baguslah tu.
Di sini saya menyeru agar para pendidik jangan memandang remeh teori ini. Guru-guru agama terutamanya, saya menyeru sangatlah. Jika kita fahami benar-benar teori konstruktivisme ni, adalah satu-satunya peluang untuk membentuk akhlak anak bangsa kita. Jika para guru agama, dan guru-guru lain juga, kreatif, banyak elemen dalam kurikulum sekolah itu dapat membentuk akhlak yang terpuji. Pengajaran matapelajaran agama Islam itu memberi peluang yang sangat luas ke arah itu. Ini kerana antara pelaksanaan teori Konstruktivisme yang saya tahu ialah membuat hubungkait isipelajaran dengan dunia sebenar. Dalam erti kata lain, ada penerapan pengajaran akhlak dalam sukatan pelajaran agama. Jika disokong dengan teori dan falsafah sembahyang misalnya, akan dapat menarik perhatian ramai murid. Lebih berkesan daripada setakat penerapan, dan kata-kata nasihat sahaja.
Misalnya, jika kita mengajar surah al-Fatihah, di sini ada pengajaran asas yang membina akhlak, membangun jati diri, dan banyak lagi. Guru-guru Sains juga harus bijak mengaitkan isipelajaran dengan agama (Islam) dengan menggunakan satu dua ayat al-Quran yang berkait dengan isi pelajaran matapelajaran itu. Tak payahlah nak turunkan contoh di sini.
Muhasabah.

Sabtu, 5 Februari 2011

Agama Islam al-Din yang mengatur hidup

'Cara bagaimana kita hendak merendah diri dan patuh kepada Allah s.w.t. ialah dengan menurut dan mematuhi sistem atau cara-cara kehidupan yang ditentukanNya. Cara-cara atau sistem hidup Ilahi ini terkandung dalam ajaran-ajaran Islam sebagai al-Din. Islam sebagai agama mengatur hidup manusia di dalam sistem hidup Ilahi yang lengkap dan sempurna serta mencakupi semua bidang kehidupan. Dari cara bangun dan tidur sehinggalah kepada cara mentadbir negar dan mengatur perhubungan di antara negara-negara di dalam hubungan antar umat di dunia ini. Bukan sekadar mengatur hidup di duniawi, bahkan mengatur peraturan-peraturan bagaimana menghadapi maut dan bagaimana menghantar manusia ke pintu kuburnya.' (Prof. Dato' Dr Haron Din, Manusia dan Islam, 93)

Jumaat, 28 Januari 2011

  • Zuhud ialah sikap orang yang menggunakan hartanya setakat keperluannya sahaja dan menggunakan bakinya untuk fisabilillah. Orang zuhud dikasihi Allah s.w.t. Lawan zuhud ialah cinta dunia. Baca di sini.
  • Antara elemen salah faham dalam Islam, ada yang bersumberkan Bibel. Misalnya, salah faham tentang Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga adalah kerana godaan Hawa. Tanggapan ini harus diperbetul. Baca di sini.

Rabu, 22 Disember 2010

Siapa kita?

Manusia adalah makhluk Allah yang terbina daripada dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Susuk badan kita dengan segala kandungan di dalamnya adalah jasmani. Rohani ialah naluri, iaitu sesuatu yang bukan benda, yang menjadi penggerak. Apa yang ingin kita lakkan adalah digerak oleh naluri. Tindakbalas kita terhadap sesuatu ransangan juga adalah naluri kita. Ini termasuklah juga rasa ingin tahu. Haiwan juga Allah bekalkan dengan naluri. Haiwan menggunakan nalurinya untuk mengesan kelaparan, keinginan sex dan lain-lain.
Ini tidak bererti manusia dan haiwan sama sahaja. Masing-masing mempunyai bulu, alat-alat pancaindera, keinginan sex dan sebagainya. Tetapi adakah manusia dan haiwan adalah sama secara mutlak?
Mengikut pandangan Ernst Haeckel, seorang pengikut Darwin, memang manusia adalah sebangsa dengan haiwan kerana dilihat dari aspek fisiologi semata-mata. Paling asas sekali, manusia dan haiwan mempunyai nafsu, nafsu sex, nafsu makan, nafsu marah atau sayang. Memang banyak persamaan lain, antara manusia dengan haiwan, misalnya haiwan kelompok mamalia. Kedua-duanya berdarah panas, menyusukan anak, berbulu, mempunyai rangka dalam dan lain-lain. Dan yang paling jelas, manusia memang mempunyai sifat kebinatangan. Itu dari sudut fisiologi.
Satu perkara yang perlu kita ingin tahu ialah bahawa manusia dan haiwan sama-sama mempunyai dua naluri, iaitu naluri baik dan naluri jahat. Naluri baik seperti rasa sayang terhadap anak atau sahabat baiknya, dan rasa ingin membantu satu sama lain, tidak kira sama ada manusia ataupun haiwan. Sementara naluri jahatnya adalah seperti marah, menyerang, merosak dan lain-lain.
Tetapi sebenarnya ada perbezaan besar antara manusia dan haiwan. Aristoteles sendiri berpandangan bahawa manusia adalah haiwan yang berakal sihat.
Ibnu Sina, seorang tokoh agama dan sarjana Islam menyatakan manusia mempunyai tujuk kemampua iaitu makan, menjalani pembesaran, membiak, pengamatan yang baik, mampu bergerak mengikut dayanya, mampu mengenali hal-hal sekitaran dan daya memilih yang bebas. Tetapi haiwan hanya mempunyai lima kemampuan sahaja, ia tidak mampu mengenali dan mengendali hal-hal sekitaran dan daya memilihnya terbatas.
Ibdu Khaldun, tokoh sosiologi dan sarjana politik Islam membezakan manusia dengan haiwan dari sudut akal fikiran. Katanya dengan akalnya manusia mampu berfikir. Dengan akalnya, manusia mampu mengeluarkan pendapat, dapat membuat pertimbangan yang lebih rasional, boleh membezakan antara baik dan buruk, betul atau salah, malah manusia adalah haiwan yang mampu berpolitik, mempunyai daya rekacipta. Dan yang lebih penting lagi di sini ialah bahawa manusia mempunyai moral.
Naluri jahatnya, manusia seperti juga haiwan. Manusia hilang pertimbangan akal fikirannya, yang membawa kepada kerosakan dan kejahatan, atau yang disebut kemungkaran. Ini adalah ciri-ciri nafsu haiwan. Bezanya, kemungkaran yang dilakukan oleh manusia adalah pada tahap yang lebih tinggi berbanding haiwan.
Manusia mempunyai perasaan dengki, tidak peduli, merosakkan keamanan dan kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat. Manusia juga sering lalai dan mudah terpengaruh dengan kebendaan dan material, termasuk wang ringgit, emas, bangunan dan perhiasan. Mudah meniru-niru budaya asing seperti dalam hal berpakaian, cakap dan berhiburan yang banyak membawa kerosakan diri.
Allah berfirman, 'Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh TuhanKu (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu)' (Yusuf, 53)
Siapakah anda?