Infotitipan



Rahsia telefon bimbit anda: Tips yang tidak patut anda abaikan
Sumber: Perisik-Rakyat.com
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN - Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI - Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ’ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI - Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ’ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda . (Perhatian, sesetengah model NOKIA sahaja)
4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
Baharin B Abdullah
BSQM Kedah/Perlis
Sumber: http://perisik-rakyat.com/2009/07/perisik-rakyat-masa-untuk-berubah.html


Nombor Mistri 6174
The number 6174 is a really mysterious number. At first glance, it might not seem so obvious. But as we are about to see, anyone who can subtract can uncover the mystery that makes 6174 so special.

Kaprekar's operation
In 1949 the mathematician D. R. Kaprekar from Devlali, India, devised a process now known as Kaprekar's operation. First choose a four digit number where the digits are not all the same (that is not 1111, 2222,...). Then rearrange the digits to get the largest and smallest numbers these digits can make. Finally, subtract the smallest number from the largest to get a new number, and carry on repeating the operation for each new number.
It is a simple operation, but Kaprekar discovered it led to a surprising result. Let's try it out, starting with the number 2005, the digits of last four years. The biggest number we can make with these digits is 5200, and the smallest is 0025 or 25 (if one or more of the digits is zero, embed these in the left hand side of the minimum number). The subtractions are:
5200 - 0025 = 5175
7551 - 1557 = 5994
9954 - 4599 = 5355
5553 - 3555 = 1998
9981 - 1899 = 8082
8820 - 0288 = 8532
8532 - 2358 = 6174
7641 - 1467 = 6174
When we reach 6174 the operation repeats itself, returning 6174 every time. We call the number 6174 a kernel of this operation. So 6174 is a kernel for Kaprekar's operation, but is this as special as 6174 gets? Well not only is 6174 the only kernel for the operation, it also has one more surprise up it's sleeve. Let's try again starting with a different number, say 1789.
9871 - 1789 = 8082
8820 - 0288 = 8532
8532 - 2358 = 6174
We reached 6174 again!
A very mysterious number...

When we started with 2005 the process reached 6174 in seven steps, and for 1789 in three steps. In fact, you reach 6174 for all four digit numbers that don't have all the digits the same. It's marvellous, isn't it? Kaprekar's operation is so simple but uncovers such an interesting result. And this will become even more intriguing when we think about the reason why all four digit numbers reach this mysterious number 6174.
by Yutaka Nishiyama; addthis_pub = 'plusmathsorg'
http://plus.maths.org/issue38/features/nishiyama/index.html


Pemakaian Gelang 'wristband'
Dalam Islam, telah jelas bahawa pemakaian gelang dalam apa jua bentuk sekalipun adalah HARAM disebabkan ia bertasyabbuh atau menyerupai wanita. Dan apa yang ditunjukkan dalam jadual di bawah adalah amat mengejutkan kerana hampir kesemua maksud warna 'wristband' tersebut adalah bertentangan dengan Islam, malah ada yang memusuhi Islam itu sendiri!
Amat licik dakyah para musuh Islam yang cuba menghancurkan penganut agama Islam itu sendiri. Oleh itu, kita semua haruslah berwaspada agar tidak terperangkap dalam jerangkap samar ini. Jauhi keluarga serta masyarakat daripada fenomena baru ini yang akhirnya akan berakhir dengan kejatuhan Islam itu sendiri.
Putih - Menyokong zina dan pengguguran anak
Merah - Beragama Kristian, menyokong Mcdonalds menyumbang kepada Amerika untuk kegunaan tentera Israel
Oren - Mendoakan missionari Kristian
Kuning - Memperingati Pope John Paul II
Hijau - Menyokong keternteraan Amerika
Pelangi - Kebanggaan menjadi 'say' & 'lesbian' menyokong perkahwinan sejenis
Merah Putih - Kebebasan bersuara (menyokong penghinaan Nabi Muhammad s.a.w
Biru Putih - Menyokong tindakan Israel mencerobohi Palestin
(Dipetik dari Fikrah Bil 1435, 4-7 Mei 2009. (sumber: http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=15&thread_id=5551 )
Untuk Malaysia
Kuning – Himpunan Gabungan Pilihanraya
Merah – Himpunan Protes Kenaikan minyak
Putih - Himpunan Mansuhkan PPSMI
Hitam – Bubarkan Dun Perak (highlitekan)
Hijau – PAS
Biru Muda – Parti Keadilan Rakyat


100 HARI SEBELUM KEMATIAN
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 HARI SEBELUM KEMATIAN
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 HARI SEBELUM KEMATIAN
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 HARI SEBELUM KEMATIAN
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 HARI SEBELUM KEMATIAN
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR KEMATIAN
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.