Isnin, 17 September 2012

Sebuah buku kecil yang baru saya baca mengutarakan persoalan, mengapa generasi Muslim sekarang tidak seperti yang terbina pada awal-awal tamadun Islam dahulu, walhal al-Quran dan Sunnah tetap sama, masih di tangan kita. Maka buku ini cuba menelah sebab-sebabnya: adakah kerana generasi pada awal-awal tamadun Islam dahulu tidak terdedah dengan sumber-sumber lain selain dua sumber tersebut berbanding sekarang. Maka mereka berpegang kepada dua sumber itu sahaja, berbanding dengan generasi sekarang yang banyak terdedah dengan tamadun-tamadun seperti Falsafah Greek, tamadun Parsi, kitab-kitab agama Jews, pemikiran Kristian dan sebagainya, maka pengaruh al-Quran dan Sunnah sudah tercemar atau bercampur aduk dengan pemikiran-pemikiran tersebut. Walhal
Allah s.w.t. memberi jaminan bahawa Dia sendiri yang akan memelihara al-Quran seperti adanya sejak dahulu lagi, agar menjadi sumber rujukan manusia sejagat sehingga ke akhir zaman.
Dilihat juga dari sudut lain umpamanya, generasi dahulu menggunakan al-Quran sebagai petunjuk untuk tindakan, sedangkan generasi sekarang menggunakannya sebagai bahan kesusasteraan sahaja, bukan untuk penentu tindakan, lalu mengajak generasi sekarang agar menyemak semula penerimaan buku wahyu yang satu itu. Wallahu a'lam.