Isnin, 14 November 2011

Pelaksanaan Konstruktivisme

Kabarnya teori PnP di sekolah, sudah mula menggunakan teori Konstruktivisme. Tak tau pula bila bermula. Saya dah jadi mantan sejak 2003. Sebelum itu takder pulak suara-suara tentangnya. Baguslah tu.
Di sini saya menyeru agar para pendidik jangan memandang remeh teori ini. Guru-guru agama terutamanya, saya menyeru sangatlah. Jika kita fahami benar-benar teori konstruktivisme ni, adalah satu-satunya peluang untuk membentuk akhlak anak bangsa kita. Jika para guru agama, dan guru-guru lain juga, kreatif, banyak elemen dalam kurikulum sekolah itu dapat membentuk akhlak yang terpuji. Pengajaran matapelajaran agama Islam itu memberi peluang yang sangat luas ke arah itu. Ini kerana antara pelaksanaan teori Konstruktivisme yang saya tahu ialah membuat hubungkait isipelajaran dengan dunia sebenar. Dalam erti kata lain, ada penerapan pengajaran akhlak dalam sukatan pelajaran agama. Jika disokong dengan teori dan falsafah sembahyang misalnya, akan dapat menarik perhatian ramai murid. Lebih berkesan daripada setakat penerapan, dan kata-kata nasihat sahaja.
Misalnya, jika kita mengajar surah al-Fatihah, di sini ada pengajaran asas yang membina akhlak, membangun jati diri, dan banyak lagi. Guru-guru Sains juga harus bijak mengaitkan isipelajaran dengan agama (Islam) dengan menggunakan satu dua ayat al-Quran yang berkait dengan isi pelajaran matapelajaran itu. Tak payahlah nak turunkan contoh di sini.
Muhasabah.