Ahad, 19 September 2010

Salahguna premis hiburan - sebat je

Berita jam 8 TV9 Ahad 19/9/10, menyiarkan berita tentang penggunaan premis hiburan untuk tempat menagih dadah pil. Dilaporkan, antara yang ditahan ialah gadis bawah umur. Saya yakin ini adalah satu daripada banyak kes yang boleh dikesan seluruh negara setiap malam. Besar kemungkinan, tempat-tempat seperti ini melibatkan pelacuran.
Tindakan yang diambil biasa yang saya dengar ialah denda, hanya beberapa ribu ringgit sahaja. Denda ini ternyata tidak memberi kesan langsung kerana pernah diberitakan, ada premis yang sama telah didapati mengulangi kesalahan yang sama sehingga lebih dari sepuluh kali.
Bagi saya denda beberapa ribu ringgit itu memang tidak akan memberi kesan dan sudah terbukti. Pemilik premis seperti tidak heran dengan denda tersebugt. Jadi saya fikir akta ini harus dipinda terutama dari segi denda yang dikenakan. Misalnya, jika denda diganti dengan hukuman sebat, mungkin antara satu pendekatan yang berkesan. Lebih-lebih lagi jika salah guna yang melibat gadis bawah umur atau untuk pelacuran.